Friday, 28 September 2012

oh Mimaland !



Pernahkah kamu terdengar nama-nama Taman Tema seperti Sunway Lagoon, Genting Highland, Wet Worl, Lost World of Tambun, Bukit Gambang Water Park dan yang terbaru di Melaka, Melaka Wonderland ??

Secara jujurnya pasti kamu pernah dengar bukan ??

Namun, dalam kepesatan pembangunan membanggun pernah pula kah kamu semua mendengar MIMALAND ???

Hah, jangan terkejut ye kamu semua, sebenarnya Mimaland ini adalah Taman Tema yang pertama di buka di Malaysia.

Mimaland atau nama sebenarnya Miniature Land sangat popular di zaman 70an. (lama tuh! Kamu semua belum ada lagi masa tuh kan ;p). Fasa pertama, Mimaland sangat terkenal dengan tarikan hiburan dan rekreasi antaranya seperti Taman Haiwan Pra-Sejarah yang di penuhi dengan replika dinosaur bersaiz sebenar. 

Bukan itu sahaja, taman tema airnya juga telah mendapat perhatian di seluruh Asia kerana di anugerahkan sebagai kolam yang terbesar di Asia beserta dengan laluan papan gelongsor air bertingkat.

Ketika di zaman itu, Mimaland menjadi satu fenomena bari di kalangan rakyat Malaysia khususnya buat mereka yang gemarkan hiburan dan ingin melarikan diri daripada kesibukan kota.

Pasti Mimaland ini hebat bukan ???

di sini team BK ada sertakan sedikit gambar Mimaland yang dapat kami cari...







hmmmm menarik bukan ???

tetapi.... malangnya, pada 1994 (selepas dua dekat beroperasi) teman tema ini di tutup kematian seorang warga Singapura dan tanah runtuh akibat dari hakisan tanah hingga menyebabkan air tanah yang kotor itu masuk kedalam kolam renang.

jadi sejak itu, tempatnya di tutup sehingga lah sekarang.!

Jadi itulah kisah Mimaland yang pernah menggegarkan Malaysia satu masa dahulu :)

p/s: kalaulah Mimaland ni masih ada sekarang, rasa-rasanya mesti ramai orang akan serbu ke sana bukan ?

No comments: